E-SEKOLAH VERSI TERKINI

Sila muat turun e-sekolah versi terkini (Oktober 2011) >> DI SINI

KURSUS KSSR BAHASA ARAB TAHUN 2


Tarikh : 5 hingga 9 September 2011 (Isnin- Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang.
Tempat : PKG Telok Gadong, Klang.

KURSUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2



Tarikh : 5 hingga 9 September 2011 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
Tempat : SK Sg. Kapar Indah

TAHNIAH KONTINJEN KLANG

Bola Jaring :
Juara Bola Jaring Piala Ketua Sektor Pendidikan Islam

Futsal :
Tempat Ketiga

Wah.. boleh tahan juga ustaz & ustazah kita ni...


KEM LITERASI AL QURAN & KEM BINA JUARA j-QAF 2011



Kem di atas akan dijalankan seperti berikut :

KLAQ : 18 dan 19 Julai 2011 (Isnin & Selasa)
KBJ : 20 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Masjid as-Saadah, Bandar Baru Sultan Suleiman.

Sila muat turun >> Surat Fasilitator & Senarai Nama

Semua fasilitator dan peserta di jemput hadir

Terima Kasih

LATIHAN PUSAT PASUKAN FUTSAL & BOLA JARING DAERAH KLANG

Latihan di atas akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 12 - 14 Julai 2011 (Selasa - Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat Futsal: Klang Futsal Arena, Telok Gadong
Tempat Bola Jaring : Gelanggang Bola Jaring SMK (P) Methodist MGS.

Semua pemain yang terpilih dikehendaki hadir.

Sila muat turun surat pelepasan di sini :

>> Surat Pelepasan
>> Senarai Nama Futsal
>> Senarai Nama Bola Jaring


Terima Kasih

PEMILIHAN PEMAIN FUTSAL PIALA KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPS 2011

Satu sesi pemilihan pemain futsal Daerah Klang akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Klang Futsal Arena, Telok Gadong

Semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF dijemput hadir.

Sekian, Terima Kasih.

ANALISA PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam.

Sila hantar Analisa PKSR Pertengahan Tahun 2011 pada atau sebelum
8 Julai 2011 (Jumaat). Sila hantar salinan hard copy ke Unit Pendidikan Islam, PPD Klang (up : Ust. Mohd Ghazali) dan salinan soft copy ke mtqklang@gmail.com.

Sila muat turun borang di sini >> Borang Analisa PKSR 2011

Sekian, terima kasih.

BORANG PENTAKSIRAN PAFA

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Pentaksir Sekolah bagi PAFA 2011

Pentaksiran dan pemantauan PAFA akan dijalankan pada bulan Julai ini.
Sila muat turun borang berkaitan dan cetak untuk sekolah masing-masing. Lengkapkan segala borang berkenaan sebelum tarikh pemantauan dijalankan.
Tarikh pemantauan oleh Pentaksir Kawasan akan dijalankan pada 19, 20 dan 21 Julai 2011.


Sila muat turun di sini >> BORANG PENTAKSIRAN PAFA 2011

Segala kerjasama daripada tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.



BORANG PENYERTAAN KEM BINA JUARA (KBJ) 2011

Perhatian kepada Guru Penyelaras j-QAF

Sila senaraikan murid dari sekolah tuan/puan yang terpilih untuk mengikuti Kem Bina Juara (KBJ) Daerah Klang 2011. Setiap sekolah dikehendaki menghantar peserta mengikut bilangan yang telah ditetapkan. (5 - 8 orang / sekolah)

Pastikan hanya murid yang mempunyai pencapaian baik sahaja yang disenaraikan.

Sila hantar dengan SEGERA ke Unit Pendidikan Islam, PPD Klang.

Terima Kasih.

PENGHANTARAN DATA EPELAOPRAN JQAF JUN 2011

Perhatian kepada semua Guru Data j-QAF

Sila hantar surat iringan (covering letter) sekolah masing-masing mengenai laporan analisa pelaporan j-Qaf yang telah dicetak tempoh hari. Hantar terus ke Unit pendidikan Islam, PPD Klang dengan kadar segera.

Terima Kasih.

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Forum di atas akan dilangsungkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat Malam Sabtu)
Masa : 7.45 malam (selepas solat maghrib)
Tempat : Masjid As Samadiah, Bandar Pelabuhan Klang.
Anjuran : JAIS & PAID Klang

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

BENGKEL MENINGKATKAN PROFESIONALISME JURULATIH DAKWAH

Perhatian kepada Jurulatih Dakwah Daerah Klang.

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan bengkel di atas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama, JPS
Sila bawa : Komputer riba & wayar penyambung

Sila muat turun surat panggilan di sini >> SURAT JPS


Terima Kasih

PENGUMPULAN DATA E-PELAPORAN JUN 2011

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 20, 21 & 22 Jun 2011 (Isnin, Selasa & Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, PPD Klang

Guru Data j-QAF diminta hadir mengikut tarikh yang telah ditentukan.


Terima kasih.

E PELAPORAN JQAF V.11

Assalamualaikum wrh. wbt.

Perhatian kepada Guru Data j-QAF, sila muat turun e-pelaporan V.11 j-QAF terkini.

Sila muat turun di sini.

Terima Kasih

SELAMAT HARI GURU

“Guru Oh Guru”

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang PEGUAM menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

nukilan
USMAN AWANG 1979

Kenanglah jasa guru anda dengan membaca alfatihah dan sedeqahkan kepada mereka yang telah tiada... tanpa guru siapalah kita...


SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Soalan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah diedarkan ke sekolah dalam bentuk CD softcopy.

Pastikan komputer anda mempunyai,
1. Windows Arabic
2. Jenis Font Arabic standard spt. : (Traditonal Arabic, Jawi Biasa, Jawi Biasa 2 & Jawi Biasa2)
3. Perisian Quran In Word 2003

Jika ada masalah sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Klang untuk bantuan.



FORMAT PEMBAHAGIAN SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Tahap 1 :
Masih menggunakan format yang sedia ada sebagai mana tahun sebelum ini.

Tahap 2 : (SK j-QAF)

Format Soalan
i. Bahagian A : Objektif (Aneka Pilihan)
ii. Bahagian B : Subjektif (berpendukan pilihan jawapan)
iii. Bahagian C : Subjektif (Struktur)

Pembahagian mengikut bidang
i. Bidang al Quran - 10 soalan
ii. Jawi - 5 soalan
iii. Lain-lain - 25 soalan

Jumlah : 40 soalan = 80%

iv. Baki 20% markah diambil dari ujian lisan iaitu melalui bacaan al Quran


Tahap 2 : SK Yang belum melaksanakan program j-QAF

Format soalan
i. Bahagian A : Objektif (Aneka Pilihan)
ii. Bahagian B : Subjektif (berpandukan pilihan jawapan)
iii. Bahagian C : Subjektif (Struktur)

Pembahagian mengikut bidang
i. Bidang al-Quran - 20 soalan
ii. Jawi - 5 soalan
iii. Lain-lain - 25 soalan

Jumlah : 50 soalan = 100%



Terima Kasih

WACANA ILMU GURU PENDIDIKAN ISLAM 2011


Tarikh : 30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Serba Guna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang
Pakaian : Batik
Sila bawa : Kad LADAP (jika ada)
Perasmi : YBhg. Tn. Hj. Ariffin bin Mohd Amin (KS SPI)
Penceramah : YBhg. Prof. Dato' Dr. Siddiq Baba (Prof. Pendidikan UIA)
Anjuran : Unit Pendidikan Islam, PPD Klang & PEKDIS Cawangan Selangor

Semua GPI dan j-QAF diwajibkan hadir.

PERHATIAN SEGERA

DATA MURID ISLAM TAHUN SATU (KSSR) YANG MENGAMBIL BAHASA ARAB, BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL BAGI TAHUN 2011

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor sedang mengumpul maklumat di atas dari semua sekolah rendah negeri Selangor.

Sila isi borang berikut (klik borang di sini) dan hantar borang hardcopy melalui faks 03 3341 2043 (up: Ust. Hj. Mohd Fadli Asmuin) dan borang softcopy melalui e-mel mtqklang@gmail dengan SEGERA pada atau sebelum 22 April 2011.


Sekian, terima kasih.

MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT NEGERI

TAHNIAH & SYABAS KONTINJEN KLANG

JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH

lain-lain keputusan akan diupload selepas ini..

KEPUTUSAN PENUH MTQ DAERAH KLANG 2011

SEKOLAH RENDAH


TILAWAH (LELAKI)
1. MUHAMAD SOBRUN JAMIL BIN SAAD (SK SUNGAI UDANG)
2. AIMAN NAZMI BIN AWALUDDIN (SK SEMENTA)
3. MOHD. FARID BIN NORDIN (SK RANTAU PANJANG)


TILAWAH (PEREMPUAN)
1. RABIATUL ADAWIYAH BINTI SHAHRUL AKMAR (SK SG SERDANG)
2. NOR IRDINA BINTI NASMI ZARUDIN (SK BUKIT RIMAU)
3. NURUL IZZAH BINTI HJ.ABD HALID (SK TELUK PULAI)


HAFAZAN (LELAKI)
1. M.ZAFRIEZAL BIN ZAKARIA (SK MERU 2)
2. MUHAMMAD NAZARUDDIN BIN ZAHARI (SK PELABUHAN UTARA)
3. M. RIFHAN BIN A.RAHIM (SK BUKIT KAPAR)


HAFAZAN (PEREMPUAN)
1. NUR HAWA BINTI MAT ISA (SK MERU 2)
2. SAAJIDAH HASANAH BINTI HAMID SULTAN (SJKC CHUEN MIN)
3. SITI NASUHA BINTI MOHD FAIZAL (SK RANTAU PANJANG)


BERCERITA (LELAKI)
1. MUHAMMAD FAIRUL FATHI BIN MOHAMED (SK BUKIT KAPAR)
2. MOHAMMAD ASHRAF BIN RAHIM (SK TELOK GADONG)
3. MUHD DERREL BIN JOHARI (SK SUNGAI UDANG)


BERCERITA (PEREMPUAN)
1. AIMAN SYAKIRAH BINTI SHAHARUDIN (SK ABDUL SAMAT)
2. NUR DAMIA BINTI ROHISHAM (SK SUNGAI BINJAI)
3. DAIYANA BINTI JALALUDIN (SK BUKIT KAPAR)


NASYID
1. AS - SAIF (SK TELUK PULAI)
2. FIRASAT INZAAR (SK SEMENTA)
3. HARRAZ (SK SUNGAI BINJAI)



SEKOLAH MENENGAH


TILAWAH (LELAKI)
1. MUHAMMAD HAFIZ B. MOHD HOSNI (KISAS)
2. MUHAMMAD IZUDDEEN B. AZIM (SAMT SULTAN HISAMUDIN)
3. MUHAMMAD ASYRAF BIN AHMAD PUAD (SMK TG AMPUAN JEMAAH)


TILAWAH (PEREMPUAN)
1. SITI NASUHA BINTI ALI (KISAS)
2. SITI MARYAM BINTI SHAFIE (SAMT SULTAN HISAMUDIN)
3. NUR FEAZIRA BINTI ABDUL KADIR (SMK TG AMPUAN RAHIMAH)


HAFAZAN (LELAKI)
1. NASRULLAH BIN NORDIN (SMK DATO' HAMZAH)
2. MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD BASIL (KISAS)
3. MUHD FADZLAN BIN ILMUDIN (SAMT SULTAN HISAMUDIN)


HAFAZAN (PEREMPUAN)
1. MANAL BINTI ABDULLAH (KISAS)
2. ZATIL NAZIHAH BT MOHD NAZRI (SAMT SULTAN HISAMUDIN)
3. SURAYA BINTI ARSHAD (SMK (P) KAPAR)


SYARAHAN (LELAKI)
1. IKMAL DIN BIN BAHARUDIN (KISAS)
2. MOHD NOR AMIRUL B. NORKHAIDI ( SMK SG KAPAR INDAH)
3. MUHAMAD HARIZ B JAMALUDIN (SMK BATU UNJUR)


SYARAHAN (PEREMPUAN)
1. FATIN FATINI BINTI ISMADI (KISAS)
2. NUR ATIQAH BINTI AB SALAM (SAMT SULTAN HISAMUDIN)
3. SITI MUNIRAH BINTI MAHMUD (SMK RANTAU PANJANG)


NASYID
1. SOUTUL MUJAHIDEEN (KISAS)
2. AN-NAJAH (SAM HISHAMUDDIN)
3. HARMONI (SMK MERU)



TAHNIAH DAN SYABAS..!!

UJIAN STANDARD PRESTASI

Perhatian kepada Ketua Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam

Sila ambil maklum bahawa Standard Prestasi KSSR Tahun 1 untuk kedua-dua subjek di atas PERLU DIJALANKAN seperti subjek-subjek lain.

Fail-fail folio (bahan dan pameran) murid juga perlu diwujudkan sama seperti subjek KSSR yang lain.

Sila rujuk Penyelaras Tahun 1 atau SU Peperiksaan untuk memahami prosedur standard ini.

Ini adalah contoh standard prestasi sebagai panduan.

Sila muat turun contoh berikut,

Terima Kasih.

MAKLUMAT BILANGAN KELAS, MURID & GURU PENDIDIKAN ISLAM

Sila muat turun borang berkenaan dan emel semula borang yang telah lengkap ke alamat mtqklang@gmail.com pada atau sebelum 4 Mac 2011 (Jumaat).


ALHAMDULILLAH... SEMUA SEKOLAH TELAH MENGHANTAR DATA YANG DIKEHENDAKI.
(15/3/2011)

Terima Kasih


TAHNIAH DATO'


Sekretariat MTQ Klang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berbahagia, Dato' Hj. Dangiran bin Hj. Mustapha (mantan Pengarah Japim) kerana menerima anugerah khas sempena Majlis Sambutan Maulid ar Rasul 1432H.

Tahniah Dato'.

PEMILIHAN TAJUK CERITA & SYARAHAN

Tajuk Peringkat Zon
1. Tajuk 1
2. Tajuk 2

Peringkat Daerah
3. Tajuk 3

Peringkat Negeri
4. Tajuk 4

Peringkat Kebangsaan
5. Tajuk 5

Syukran

BUKU GURU JUTAWAN AKHIRAT


Assalamualaikum wrt. wbt.

Dapatkan buku Guru Jutawan Akhirat di Unit Pendidikan Islam, PPD Klang.

Buku ini TIDAK dijual tetapi anda boleh menyumbang untuk tabung PEKDIS.

Syukran

BLOG JPD BAHASA ARAB j-QAF KLANG

Sila lawati blog JPD Bahasa Arab j-QAF Klang untuk maklumat terkini dan perkongsian bahan Bahasa Arab.

Sila klik di sini : http://jpdbaklang.blogspot.com

Syukran.

FACEBOOK PEKDIS KLANG



Sila lawati facebook Pekdis Klang untuk share sebarang perkara.

pekdisklang@yahoo.com

Syukran

BAHAN MTQ 2011

Perhatian kepada semua Ketua Panitia.

Sila muat turun fail di bawah untuk panduan tuan/puan.

1.
Panduan Isi Cerita MTQ 2011
2. Syarat-syarat Nasyid MTQ 2011
3. Panduan Isi Syarahan MTQ 2011
4. Ayat Hafazan SR & SM 2011
5. Ayat Tilawah SR 2011


Terima kasih..

CONTOH ASAS BACAAN TARANNUM


Sila dapatkan CD contoh bacaan ayat al Quran secara bertarannum untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Unit Pendidikan Islam,PPD Klang.


Harga : RM15.00/unit
Pengedar : Pekdis Selangor

TAJUK CERITA SEKOLAH RENDAH

Tajuk Cerita SR (L)

Tajuk 1 : Pembentukan Negara Madinah

Tajuk 2 : Maryam Puteri Imran

Tajuk 3 : Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud

Tajuk 4 : Kisah Ashabul Ukhdud

Tajuk 5 : Kisah Nabi Hud a.s


Tajuk Cerita SR (P)

Tajuk 1 : Siti Khadijah Isteri Rasulullah saw

Tajuk 2 : Kisah Nabi Idris a.s

Tajuk 3 : Dakwah Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yahya a.s

Tajuk 4 : Kisah Ashabus Sabti

Tajuk 5 : Kisah Nabi Yaakub a.s dan Putera-Puteranya

AYAT TILAWAH SEKOLAH RENDAH

Ayat Tilawah SR (L)
1. Surah Al Baqarah ayat 63
2. Surah An Nisa' ayat 29
3. Surah Al Hijr ayat 1
4. Surah Al Isra' ayat 23
5. Surah Fatir ayat 15

Ayat Tilawah SR (P)
1.
Surah Al Baqarah ayat 104
2. Surah Al An'am ayat 13
3. Surah Ibrahim ayat 28
4. Surah An Nahl ayat 1
5. Surah Al Furqan ayat 61

MAJLIS TADARUS AL QURAN 2011

MAKLUMAT MTQ 2011


CADANGAN TARIKH MTQ 2011
Peringkat Sekolah : Februari - Awal Mac
Peringkat Zon & Daerah : Mac - April
Peringkat Negeri : April - Mei
Peringkat Kebangsaan : Mei - Jun


TUAN RUMAH


SEKOLAH RENDAH
Peringkat Zon A1 : SK 1 Jalan Meru
Peringkat Zon A2 : SK Bukit Ceraka
Peringkat Zon B1 : SK Pelabuhan Utara
Peringkat Zon B2 : SK Bukit Kemuning 2
Peringkat Daerah : SK Kg. Idaman


SEKOLAH MENENGAH
Peringkat Zon A : SAM Nurul Iman
Peringkat Zon B : SMK (P) Raja Zarina
Peringkat Daerah : SMK Bandar Baru Sultan Suleiman


ACARA MTQ YANG DIPERTANDINGKAN

SEKOLAH RENDAH
1. Tilawah (L&P)
2. Hafazan (L&P)
3. Bercerita (L&P)
4. Nasyid (L atau P)

ACARA MTQ SEKOLAH MENENGAH
1. Tilawah (L&P)
2. Hafazan (L&P)
3. Syarahan (L&P)
4. Nasyid (L atau P)





TEMA NASYID MTQ 2011
"Aqidah Kukuh Sahsiah Terpuji"




Maklumat lain akan disiarkan dari masa ke semasa...

Terima Kasih.