PKSR PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB & JAWI 2012

Assalamualaikum wrh. wbt.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan PKSR Pendidikan Islam Tahun 6 perlu dijalankan secara SETARA iaitu pada 18 September 2012 (Selasa). Surat arahan dan CD Soalan Pendidikan Islam Tahun 6 telah diedarkan ke sekolah-sekolah.

2. Sektor Pendidikan Islam, JPS telah menyediakan contoh soalan PKSR Pendidikan Islam Tahun 3, 4 & 5 untuk dijadikan rujukan dan boleh digunapakai ketika pembinaan soalan di peringkat sekolah masing-masing. Contoh soalan boleh dilihat di laman web http://www.pekdisselangor.com. TIADA SOALAN SETARA untuk PKSR Tahun 3, 4 &5.

3. Soalan Bahasa Arab dan Jawi Tahun 3, 4, 5 dan 6 disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Sila muat turun soalan di laman web Bahagian Pendidikan Islam dan guna username & password yang diberi (tidak boleh dinyatakan di sini). Sekolah WAJIB MENGGUNAKAN soalan yang disediakan oleh pihak BPI ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Klang di talian 03-33487100 samb. 172/173.


Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment