E PELAPORAN JQAF V.11

Assalamualaikum wrh. wbt.

Perhatian kepada Guru Data j-QAF, sila muat turun e-pelaporan V.11 j-QAF terkini.

Sila muat turun di sini.

Terima Kasih

SELAMAT HARI GURU

“Guru Oh Guru”

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang PEGUAM menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

nukilan
USMAN AWANG 1979

Kenanglah jasa guru anda dengan membaca alfatihah dan sedeqahkan kepada mereka yang telah tiada... tanpa guru siapalah kita...


SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Soalan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah diedarkan ke sekolah dalam bentuk CD softcopy.

Pastikan komputer anda mempunyai,
1. Windows Arabic
2. Jenis Font Arabic standard spt. : (Traditonal Arabic, Jawi Biasa, Jawi Biasa 2 & Jawi Biasa2)
3. Perisian Quran In Word 2003

Jika ada masalah sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Klang untuk bantuan.



FORMAT PEMBAHAGIAN SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Tahap 1 :
Masih menggunakan format yang sedia ada sebagai mana tahun sebelum ini.

Tahap 2 : (SK j-QAF)

Format Soalan
i. Bahagian A : Objektif (Aneka Pilihan)
ii. Bahagian B : Subjektif (berpendukan pilihan jawapan)
iii. Bahagian C : Subjektif (Struktur)

Pembahagian mengikut bidang
i. Bidang al Quran - 10 soalan
ii. Jawi - 5 soalan
iii. Lain-lain - 25 soalan

Jumlah : 40 soalan = 80%

iv. Baki 20% markah diambil dari ujian lisan iaitu melalui bacaan al Quran


Tahap 2 : SK Yang belum melaksanakan program j-QAF

Format soalan
i. Bahagian A : Objektif (Aneka Pilihan)
ii. Bahagian B : Subjektif (berpandukan pilihan jawapan)
iii. Bahagian C : Subjektif (Struktur)

Pembahagian mengikut bidang
i. Bidang al-Quran - 20 soalan
ii. Jawi - 5 soalan
iii. Lain-lain - 25 soalan

Jumlah : 50 soalan = 100%



Terima Kasih