PUSINGAN AKHIR KUIZ j-QAF 2012

Assalamualaikum wrh. wbt.

Berikut adalah sekolah yang layak masuk ke pusingan akhir kuiz j-QAF.

1.  SK Klang
2.  SK Telok Gadong
3.  SK Taman Klang Utama
4.  SK Rantau Panjang

Tahniah & Terima Kasih


SOALAN PKSR PENDIDIKAN ISLAM 2012

Assalamualaikum wrh. wbt.
 
Soalan PKSR Pendidikan Islam Tahun 3, 4 & 5 bagi sekolah-sekolah SK, SJKC dan SJKT telah dihantar ke emel sekolah masing-masing. Sila ambil tindakan SEGERA.

Terima Kasih

PKSR PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB & JAWI 2012

Assalamualaikum wrh. wbt.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan PKSR Pendidikan Islam Tahun 6 perlu dijalankan secara SETARA iaitu pada 18 September 2012 (Selasa). Surat arahan dan CD Soalan Pendidikan Islam Tahun 6 telah diedarkan ke sekolah-sekolah.

2. Sektor Pendidikan Islam, JPS telah menyediakan contoh soalan PKSR Pendidikan Islam Tahun 3, 4 & 5 untuk dijadikan rujukan dan boleh digunapakai ketika pembinaan soalan di peringkat sekolah masing-masing. Contoh soalan boleh dilihat di laman web http://www.pekdisselangor.com. TIADA SOALAN SETARA untuk PKSR Tahun 3, 4 &5.

3. Soalan Bahasa Arab dan Jawi Tahun 3, 4, 5 dan 6 disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Sila muat turun soalan di laman web Bahagian Pendidikan Islam dan guna username & password yang diberi (tidak boleh dinyatakan di sini). Sekolah WAJIB MENGGUNAKAN soalan yang disediakan oleh pihak BPI ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Klang di talian 03-33487100 samb. 172/173.


Sekian, harap maklum.

MESYUARAT & MUZAKARAH JEMAAH HAKIM MAHRAJAN j-QAF 2012

Akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 September 2012 (Isnin)
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : SK Kg. Jawa 2, Klang

Semua ahli jemaah hakim dijemput hadir.

Sila muat turun di sini
>> Surat Mesyuarat
>> Senarai Nama Hakim


Terima Kasih.