STATUS PERMOHONAN SMKA/KAA YANG BERJAYA

Sila rujuk Unit Pendidikan Islam PPD Klang untuk melihat nama pemohon yang berjaya.

Murid yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat rasmi dari SPI JPS.

Kepada pemohon yang tidak berjaya, sila buat RAYUAN dengan mengisi borang yang disediakan.

Terima Kasih.

MTQ PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diminta kepada semua Ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam supaya membuat perancangan untuk mengadakan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Sekolah pada awal tahun 2010. MTQ Peringkat Daerah 2010 juga dijangka akan dijalankan lebih awal.

Pertandingan boleh diadakan diantara kelas atau rumah sukan. Wakil-wakil untuk ke peringkat daerah hendaklah dipilih di kalangan pemenang pertandingan di atas. Elakkan memilih wakil secara terus tanpa pertandingan. Libatkanlah seramai mungkin guru-guru di sekolah untuk membantu menjayakan mtq tersebut.

Sediakan laporan atau dokumentasi majlis untuk dihantar ke Unit Pendidikan Islam PPD Klang.

Kita berusaha untuk menyemarakkan budaya ilmu Islam dan al Quran, disamping menyuburkan iklim sekolah dengan perkara yang membawa keberkatan, insya Allah. Kitalah murabbi, muaddib, dan muallim yang membina sahsiah dan akhlak Islam dalam diri murid kita.

Terima Kasih.