MESYUARAT BENGKEL BINA MODUL CERAMAH

Mesyuarat dan bengkel di atas akan diadakan seperti maklumat berikut,

Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Telok Gadong
Penceramah : Ust. Norhisham Hj. Ahmad dan Ust. Shahrul Azmi Sidek

Semua Jurulatih Utama Dakwah PPD Klang diminta hadir.

Sekian, harap maklum.



KURSUS TAHSIN AL QURAN PPD KLANG




Kursus Tahsin Al Quran untuk ketua-ketua panitia Pendidikan Islam, PPD Klang telah diadakan di Dewan Kuliah, Masjid As Saadah, Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara, Klang.


Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Jaafar bin Rajuli (Ketua Penolong Pengarah, SPI JPS).

Dalam kursus ini para peserta didedahkan dengan slot-slot ceramah yang sungguh menarik dan penuh maklumat yang amat penting berkaitan ilmu-ilmu al Quran.

Slot 1 disampaikan oleh Ust.Khairi bin Ramli yang bertajuk "Makhraj Huruf dan Sifat Huruf"

Slot 2 pula disampaikan oleh Ust. Khairul Hisyam bin Adam dengan tajuk "Gharib Hafs 'An 'Asim)

Slot 3 disampaikan pula oleh Ust. Muhd. Azizi bin Ya'akub dengan tajuk "Taranum Dalam P&P)

Tahniah kepada semua penceramah yang menyampaikan ceramah dengan penuh interaktif dan menarik. Tahniah juga kepada semua peserta yang memberi komitmen dan respon yang sungguh baik.

Terima kasih kepada SK Taman Sri Andalas dan semua krew termasuk Guru Besarnya yang begitu hebat sebagai pengelola kursus... terima kasih.

Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi pada hari ini dapat diaplikasikan dalam p&p Pendidikan Islam.

Terima Kasih.


JUARA TAHFIZ MTQ 2010

Peserta Hafazan SM Daerah Klang
Muhammad Syazwan Mohd Basil (KISAS)
(video ihsan dari waris)

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..!!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dikalungkan kepada seluruh kontigen Daerah Klang yang berjaya menjadi Johan Keseluruhan MTQ Peringkat Negeri Selangor 2010 yang telah diadakan pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di SAM Bestari Subang Jaya.

Tiada kata seindah bicara yang mampu diungkapkan... hanya ucapan tahniah dan terima kasih kepada wakil-wakil Peserta Daerah Klang, Jurulatih, Guru Pengiring, dan Ibu Bapa yang memberi komitmen yang hebat sepanjang latihan pusat diadakan.

Mudah-mudahan kejayaan hebat ini diteruskan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 30 Mei 2010 di negeri penyu Terengganu Darul Iman.

Sekali lagi... TAHNIAH!!!