KURSUS TAHSIN AL QURAN PPD KLANG




Kursus Tahsin Al Quran untuk ketua-ketua panitia Pendidikan Islam, PPD Klang telah diadakan di Dewan Kuliah, Masjid As Saadah, Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara, Klang.


Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Jaafar bin Rajuli (Ketua Penolong Pengarah, SPI JPS).

Dalam kursus ini para peserta didedahkan dengan slot-slot ceramah yang sungguh menarik dan penuh maklumat yang amat penting berkaitan ilmu-ilmu al Quran.

Slot 1 disampaikan oleh Ust.Khairi bin Ramli yang bertajuk "Makhraj Huruf dan Sifat Huruf"

Slot 2 pula disampaikan oleh Ust. Khairul Hisyam bin Adam dengan tajuk "Gharib Hafs 'An 'Asim)

Slot 3 disampaikan pula oleh Ust. Muhd. Azizi bin Ya'akub dengan tajuk "Taranum Dalam P&P)

Tahniah kepada semua penceramah yang menyampaikan ceramah dengan penuh interaktif dan menarik. Tahniah juga kepada semua peserta yang memberi komitmen dan respon yang sungguh baik.

Terima kasih kepada SK Taman Sri Andalas dan semua krew termasuk Guru Besarnya yang begitu hebat sebagai pengelola kursus... terima kasih.

Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi pada hari ini dapat diaplikasikan dalam p&p Pendidikan Islam.

Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment