SELAMAT BERCUTI SEKOLAH

Musim cuti sekolah bermula lagi. UPI mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan GPI dan j-QAF daerah Klang. Ambillah kesempatan cuti ini untuk mengunjungi ibu bapa, saudara mara, adik beradik dan rakan taulan disamping mengeratkan silaturrahim. Bawalah keluarga bercuti.. mudah-mudahan dapat menenangkan perasaan dan menyuburkan kasih sayang dalam keluarga. 

Berhati-hati dalam perjalanan..semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kepada yang mendirikan masjid sempena cuti ini..semoga semuanya dipermudahkan. Mungkin masih ada lagi yang belum bercuti, menyiapkan seribu satu macam lagi kerja sekolah.. jangan marah-marah..selesaikan dengan tenang.. mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah.

Insya Allah kita jumpa lagi tahun depan dengan ceria dan penuh semangat..

Salam hormat dari kami UPI PPD Klang.

KEJOHANAN BOLING PEKDIS JPN SELANGOR 2013

Pemilihan pasukan boling daerah Klang akan diadakan pada 16 November 2013 (Sabtu), bermula pukul 10.00 pagi di pusat Boling Banting. (belakang The Store Banting).

Pertandingan Boling Pekdis Peringkat JPN Selangor akan diadakan pada 20 November 2013 (Rabu) di Bowling Superbowl Banting.

Kepada yang berminat sila hubungi Us. Hj. Zohan Ahmad dengan segera.

PENGUMPULAN DATA e-PELAPORAN PROGRAM j-QAF OKTOBER 2013

Mesyuarat pengumpulan data e-pelaporan program j-QAF bagi bulan Oktober 2013 akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 6, 7 & 8 November 2013 (Rabu, Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, PPD Klang

Semua guru data j-QAF dijemput hadir mengikut giliran sekolah yang telah ditetapkan. Mohon semua data dihantar dengan tepat dan telus. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi JU Data Daerah Klang iaitu, Hj. Zairi Saikhani (SK Meru), Hj. Mohd Haidir Alias (SK 1 Simpang Lima) atau Hj. Mohd Nazif Misnon (SK Batu Belah). Untuk maklumat lanjut sila layari www.moe.gov.my/ppdklang.

Sekian, harap maklum dan terima kasih

KURSUS PEMANTAPAN GURU PROGRAM j-QAF SIRI III NEGERI SELANGOR

Untuk makluman, kursus di atas ditawarkan kepada guru j-QAF ambilan 2011 yang telah ditempatkan di sekolah bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan pelaksanaan program j-QAF.

Kursus akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 5 hingga 8 November 2013 (Selasa - Jumaat)
Tempat : Kem Mega Crystal, Kuala Selangor

Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah oleh pihak JPN Selangor. Untuk muat turun surat, senarai nama dan bahan kursus sila kunjungi www.moe.gov.my/ppdklang

Sekian, harap maklum dan terim kasih