BORANG PENTAKSIRAN PAFA

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Pentaksir Sekolah bagi PAFA 2011

Pentaksiran dan pemantauan PAFA akan dijalankan pada bulan Julai ini.
Sila muat turun borang berkaitan dan cetak untuk sekolah masing-masing. Lengkapkan segala borang berkenaan sebelum tarikh pemantauan dijalankan.
Tarikh pemantauan oleh Pentaksir Kawasan akan dijalankan pada 19, 20 dan 21 Julai 2011.


Sila muat turun di sini >> BORANG PENTAKSIRAN PAFA 2011

Segala kerjasama daripada tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.



BORANG PENYERTAAN KEM BINA JUARA (KBJ) 2011

Perhatian kepada Guru Penyelaras j-QAF

Sila senaraikan murid dari sekolah tuan/puan yang terpilih untuk mengikuti Kem Bina Juara (KBJ) Daerah Klang 2011. Setiap sekolah dikehendaki menghantar peserta mengikut bilangan yang telah ditetapkan. (5 - 8 orang / sekolah)

Pastikan hanya murid yang mempunyai pencapaian baik sahaja yang disenaraikan.

Sila hantar dengan SEGERA ke Unit Pendidikan Islam, PPD Klang.

Terima Kasih.

PENGHANTARAN DATA EPELAOPRAN JQAF JUN 2011

Perhatian kepada semua Guru Data j-QAF

Sila hantar surat iringan (covering letter) sekolah masing-masing mengenai laporan analisa pelaporan j-Qaf yang telah dicetak tempoh hari. Hantar terus ke Unit pendidikan Islam, PPD Klang dengan kadar segera.

Terima Kasih.

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Forum di atas akan dilangsungkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat Malam Sabtu)
Masa : 7.45 malam (selepas solat maghrib)
Tempat : Masjid As Samadiah, Bandar Pelabuhan Klang.
Anjuran : JAIS & PAID Klang

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

BENGKEL MENINGKATKAN PROFESIONALISME JURULATIH DAKWAH

Perhatian kepada Jurulatih Dakwah Daerah Klang.

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan bengkel di atas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama, JPS
Sila bawa : Komputer riba & wayar penyambung

Sila muat turun surat panggilan di sini >> SURAT JPS


Terima Kasih

PENGUMPULAN DATA E-PELAPORAN JUN 2011

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 20, 21 & 22 Jun 2011 (Isnin, Selasa & Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, PPD Klang

Guru Data j-QAF diminta hadir mengikut tarikh yang telah ditentukan.


Terima kasih.