PERMOHONAN TINGKATAN 4 SMKA

Tahniah kepada pelajar yg. mendapat keputusan cemerlang dalam PMR baru-baru ini.

Kepada pelajar lepasan PMR yang ingin memohon ke SMKA sila dapatkan borang permohonan di Unit Pendidikan Islam, PPD Klang atau Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.

Sila isi borang tersebut dan hantarkan terus ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor sebelum 6 Januari 2009.

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan.

Syarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di SMKA :

Syarat Kemasukan Ke Aliran Sastera
1. Calon daripada Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Swasta (SMAS) dan Kelas Aliran Agama (KAA).
2. Lulus Peperiksaan PMR dengan mendapat sekurang-kurangnya:
a) Pangkat A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
b) Pangkat B dalam semua mata pelajaran lain.
c) Lulus Ujian PAFA dalam PMR


Syarat Kemasukan Ke Aliran Sains
1. Calon dari SMKA, KAA, SMAN, SMAR dan SMAS.
2. Mendapat sekurang-kurangnya
a) 4A termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik
b) 4B dalam mata pelajaran lain dan sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Arab
c) Lulus Ujian PAFA dalam PMR


Syarat Kemasukan Ke Aliran Teknikal (SMKA Kuala Selangor sahaja)
1. Calon dari SMKA, KAA, SMAN, SMAR dan SMAS.
2. Mendapat sekurang-kurangnya
a) 4A termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik
b) 4B dalam mata pelajaran lain dan sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Arab
c) Lulus Ujian PAFA dalam PMR

No comments:

Post a Comment