BAHAN MTQ 2012

Sila muat turun bahan-bahan MTQ 2012 di sini :

>> Bahan MTQ 2012

Tema Nasyid

Lagu 1 : Al Quran Menjana Transformasi Ummah
Lagu 2 : Ikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Terima Kasih

BORANG KIRAAN MURID, KELAS DAN GURU GPI DAN j-QAF

Sila muat turun borang di sini >> Borang Kiraan Murid, Kelas & Guru


Hantar dalam bentuk hardcopy sebelum atau pada 22 Februari 2012.

Terima Kasih

MESYUARAT JPD PENDIDIKAN ISLAM Bil.1/2012

Perhatian kepada semua Ketua Panitia, Pendidikan Islam SK/SJKC/SJKT.

Mesyuarat di atas akan diadakan seperti berikut,

Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Mesyuarat, SK Pandamaran Jaya

Semua Ketua Panitia dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.


Terima Kasih

TARIKH PENTING UPI PPD KLANG 2012

Berikut adalah tentatif program SPI 2012,

1. Februari - Mac : MTQ Peringkat Sekolah
2. 20, 21, & 22 Mac : MTQ Peringkat Zon
3. 29 Mac : MTQ Peringkat Daerah
4. 6 - 7 April : MTQ Peringkat Negeri (Petaling Utama)
5. 13 April : Mesyuarat Agong PEKDIS Selangor
6. 21 - 24 Mei : MTQ Peringkat Kebangsaan
7. 25 - 26 Jun : Festival Nasyid Kebangsaan
8. 4 - 5 Julai : Kompang Selawat Peringkat Negeri
9. 9 - 13 Julai : Pemantauan Surau 5 Bintang Pkt Negeri
10. 10 - 13 September : Kompang Selawat Kebangsaan

Sekian, terima kasih


BORANG KIRAAN GURU, MURID & KELAS PENDIDIKAN ISLAM 2012

Sila muat turun borang berikut di sini :

>> BORANG KIRAAN MURID
>> BORANG KIRAAN GURU

Mohon hantar borang softcopy melalui emel mtqklang@gmail.com sebelum atau pada 13 JANUARI 2012 (Jumaat).



Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar tepat pada masa yang ditetapkan.




E-SEKOLAH VERSI TERKINI

Sila muat turun e-sekolah versi terkini (Oktober 2011) >> DI SINI

KURSUS KSSR BAHASA ARAB TAHUN 2


Tarikh : 5 hingga 9 September 2011 (Isnin- Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang.
Tempat : PKG Telok Gadong, Klang.

KURSUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2



Tarikh : 5 hingga 9 September 2011 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
Tempat : SK Sg. Kapar Indah

TAHNIAH KONTINJEN KLANG

Bola Jaring :
Juara Bola Jaring Piala Ketua Sektor Pendidikan Islam

Futsal :
Tempat Ketiga

Wah.. boleh tahan juga ustaz & ustazah kita ni...


KEM LITERASI AL QURAN & KEM BINA JUARA j-QAF 2011



Kem di atas akan dijalankan seperti berikut :

KLAQ : 18 dan 19 Julai 2011 (Isnin & Selasa)
KBJ : 20 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Masjid as-Saadah, Bandar Baru Sultan Suleiman.

Sila muat turun >> Surat Fasilitator & Senarai Nama

Semua fasilitator dan peserta di jemput hadir

Terima Kasih

LATIHAN PUSAT PASUKAN FUTSAL & BOLA JARING DAERAH KLANG

Latihan di atas akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 12 - 14 Julai 2011 (Selasa - Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat Futsal: Klang Futsal Arena, Telok Gadong
Tempat Bola Jaring : Gelanggang Bola Jaring SMK (P) Methodist MGS.

Semua pemain yang terpilih dikehendaki hadir.

Sila muat turun surat pelepasan di sini :

>> Surat Pelepasan
>> Senarai Nama Futsal
>> Senarai Nama Bola Jaring


Terima Kasih

PEMILIHAN PEMAIN FUTSAL PIALA KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPS 2011

Satu sesi pemilihan pemain futsal Daerah Klang akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Klang Futsal Arena, Telok Gadong

Semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF dijemput hadir.

Sekian, Terima Kasih.

ANALISA PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam.

Sila hantar Analisa PKSR Pertengahan Tahun 2011 pada atau sebelum
8 Julai 2011 (Jumaat). Sila hantar salinan hard copy ke Unit Pendidikan Islam, PPD Klang (up : Ust. Mohd Ghazali) dan salinan soft copy ke mtqklang@gmail.com.

Sila muat turun borang di sini >> Borang Analisa PKSR 2011

Sekian, terima kasih.

BORANG PENTAKSIRAN PAFA

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Pentaksir Sekolah bagi PAFA 2011

Pentaksiran dan pemantauan PAFA akan dijalankan pada bulan Julai ini.
Sila muat turun borang berkaitan dan cetak untuk sekolah masing-masing. Lengkapkan segala borang berkenaan sebelum tarikh pemantauan dijalankan.
Tarikh pemantauan oleh Pentaksir Kawasan akan dijalankan pada 19, 20 dan 21 Julai 2011.


Sila muat turun di sini >> BORANG PENTAKSIRAN PAFA 2011

Segala kerjasama daripada tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.



BORANG PENYERTAAN KEM BINA JUARA (KBJ) 2011

Perhatian kepada Guru Penyelaras j-QAF

Sila senaraikan murid dari sekolah tuan/puan yang terpilih untuk mengikuti Kem Bina Juara (KBJ) Daerah Klang 2011. Setiap sekolah dikehendaki menghantar peserta mengikut bilangan yang telah ditetapkan. (5 - 8 orang / sekolah)

Pastikan hanya murid yang mempunyai pencapaian baik sahaja yang disenaraikan.

Sila hantar dengan SEGERA ke Unit Pendidikan Islam, PPD Klang.

Terima Kasih.

PENGHANTARAN DATA EPELAOPRAN JQAF JUN 2011

Perhatian kepada semua Guru Data j-QAF

Sila hantar surat iringan (covering letter) sekolah masing-masing mengenai laporan analisa pelaporan j-Qaf yang telah dicetak tempoh hari. Hantar terus ke Unit pendidikan Islam, PPD Klang dengan kadar segera.

Terima Kasih.

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Forum di atas akan dilangsungkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat Malam Sabtu)
Masa : 7.45 malam (selepas solat maghrib)
Tempat : Masjid As Samadiah, Bandar Pelabuhan Klang.
Anjuran : JAIS & PAID Klang

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

BENGKEL MENINGKATKAN PROFESIONALISME JURULATIH DAKWAH

Perhatian kepada Jurulatih Dakwah Daerah Klang.

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pelajaran Selangor akan mengadakan bengkel di atas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama, JPS
Sila bawa : Komputer riba & wayar penyambung

Sila muat turun surat panggilan di sini >> SURAT JPS


Terima Kasih

PENGUMPULAN DATA E-PELAPORAN JUN 2011

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 20, 21 & 22 Jun 2011 (Isnin, Selasa & Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 2, PPD Klang

Guru Data j-QAF diminta hadir mengikut tarikh yang telah ditentukan.


Terima kasih.

E PELAPORAN JQAF V.11

Assalamualaikum wrh. wbt.

Perhatian kepada Guru Data j-QAF, sila muat turun e-pelaporan V.11 j-QAF terkini.

Sila muat turun di sini.

Terima Kasih

SELAMAT HARI GURU

“Guru Oh Guru”

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang PEGUAM menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

nukilan
USMAN AWANG 1979

Kenanglah jasa guru anda dengan membaca alfatihah dan sedeqahkan kepada mereka yang telah tiada... tanpa guru siapalah kita...


SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Soalan PKSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah diedarkan ke sekolah dalam bentuk CD softcopy.

Pastikan komputer anda mempunyai,
1. Windows Arabic
2. Jenis Font Arabic standard spt. : (Traditonal Arabic, Jawi Biasa, Jawi Biasa 2 & Jawi Biasa2)
3. Perisian Quran In Word 2003

Jika ada masalah sila hubungi Unit Pendidikan Islam, PPD Klang untuk bantuan.



FORMAT PEMBAHAGIAN SOALAN PKSR PERTENGAHAN TAHUN 2011

Tahap 1 :
Masih menggunakan format yang sedia ada sebagai mana tahun sebelum ini.

Tahap 2 : (SK j-QAF)

Format Soalan
i. Bahagian A : Objektif (Aneka Pilihan)
ii. Bahagian B : Subjektif (berpendukan pilihan jawapan)
iii. Bahagian C : Subjektif (Struktur)

Pembahagian mengikut bidang
i. Bidang al Quran - 10 soalan
ii. Jawi - 5 soalan
iii. Lain-lain - 25 soalan

Jumlah : 40 soalan = 80%

iv. Baki 20% markah diambil dari ujian lisan iaitu melalui bacaan al Quran


Tahap 2 : SK Yang belum melaksanakan program j-QAF

Format soalan
i. Bahagian A : Objektif (Aneka Pilihan)
ii. Bahagian B : Subjektif (berpandukan pilihan jawapan)
iii. Bahagian C : Subjektif (Struktur)

Pembahagian mengikut bidang
i. Bidang al-Quran - 20 soalan
ii. Jawi - 5 soalan
iii. Lain-lain - 25 soalan

Jumlah : 50 soalan = 100%



Terima Kasih