UJIAN STANDARD PRESTASI

Perhatian kepada Ketua Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam

Sila ambil maklum bahawa Standard Prestasi KSSR Tahun 1 untuk kedua-dua subjek di atas PERLU DIJALANKAN seperti subjek-subjek lain.

Fail-fail folio (bahan dan pameran) murid juga perlu diwujudkan sama seperti subjek KSSR yang lain.

Sila rujuk Penyelaras Tahun 1 atau SU Peperiksaan untuk memahami prosedur standard ini.

Ini adalah contoh standard prestasi sebagai panduan.

Sila muat turun contoh berikut,

Terima Kasih.

MAKLUMAT BILANGAN KELAS, MURID & GURU PENDIDIKAN ISLAM

Sila muat turun borang berkenaan dan emel semula borang yang telah lengkap ke alamat mtqklang@gmail.com pada atau sebelum 4 Mac 2011 (Jumaat).


ALHAMDULILLAH... SEMUA SEKOLAH TELAH MENGHANTAR DATA YANG DIKEHENDAKI.
(15/3/2011)

Terima Kasih


TAHNIAH DATO'


Sekretariat MTQ Klang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berbahagia, Dato' Hj. Dangiran bin Hj. Mustapha (mantan Pengarah Japim) kerana menerima anugerah khas sempena Majlis Sambutan Maulid ar Rasul 1432H.

Tahniah Dato'.

PEMILIHAN TAJUK CERITA & SYARAHAN

Tajuk Peringkat Zon
1. Tajuk 1
2. Tajuk 2

Peringkat Daerah
3. Tajuk 3

Peringkat Negeri
4. Tajuk 4

Peringkat Kebangsaan
5. Tajuk 5

Syukran

BUKU GURU JUTAWAN AKHIRAT


Assalamualaikum wrt. wbt.

Dapatkan buku Guru Jutawan Akhirat di Unit Pendidikan Islam, PPD Klang.

Buku ini TIDAK dijual tetapi anda boleh menyumbang untuk tabung PEKDIS.

Syukran

BLOG JPD BAHASA ARAB j-QAF KLANG

Sila lawati blog JPD Bahasa Arab j-QAF Klang untuk maklumat terkini dan perkongsian bahan Bahasa Arab.

Sila klik di sini : http://jpdbaklang.blogspot.com

Syukran.

FACEBOOK PEKDIS KLANG



Sila lawati facebook Pekdis Klang untuk share sebarang perkara.

pekdisklang@yahoo.com

Syukran

BAHAN MTQ 2011

Perhatian kepada semua Ketua Panitia.

Sila muat turun fail di bawah untuk panduan tuan/puan.

1.
Panduan Isi Cerita MTQ 2011
2. Syarat-syarat Nasyid MTQ 2011
3. Panduan Isi Syarahan MTQ 2011
4. Ayat Hafazan SR & SM 2011
5. Ayat Tilawah SR 2011


Terima kasih..

CONTOH ASAS BACAAN TARANNUM


Sila dapatkan CD contoh bacaan ayat al Quran secara bertarannum untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Unit Pendidikan Islam,PPD Klang.


Harga : RM15.00/unit
Pengedar : Pekdis Selangor

TAJUK CERITA SEKOLAH RENDAH

Tajuk Cerita SR (L)

Tajuk 1 : Pembentukan Negara Madinah

Tajuk 2 : Maryam Puteri Imran

Tajuk 3 : Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud

Tajuk 4 : Kisah Ashabul Ukhdud

Tajuk 5 : Kisah Nabi Hud a.s


Tajuk Cerita SR (P)

Tajuk 1 : Siti Khadijah Isteri Rasulullah saw

Tajuk 2 : Kisah Nabi Idris a.s

Tajuk 3 : Dakwah Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yahya a.s

Tajuk 4 : Kisah Ashabus Sabti

Tajuk 5 : Kisah Nabi Yaakub a.s dan Putera-Puteranya

AYAT TILAWAH SEKOLAH RENDAH

Ayat Tilawah SR (L)
1. Surah Al Baqarah ayat 63
2. Surah An Nisa' ayat 29
3. Surah Al Hijr ayat 1
4. Surah Al Isra' ayat 23
5. Surah Fatir ayat 15

Ayat Tilawah SR (P)
1.
Surah Al Baqarah ayat 104
2. Surah Al An'am ayat 13
3. Surah Ibrahim ayat 28
4. Surah An Nahl ayat 1
5. Surah Al Furqan ayat 61

MAJLIS TADARUS AL QURAN 2011

MAKLUMAT MTQ 2011


CADANGAN TARIKH MTQ 2011
Peringkat Sekolah : Februari - Awal Mac
Peringkat Zon & Daerah : Mac - April
Peringkat Negeri : April - Mei
Peringkat Kebangsaan : Mei - Jun


TUAN RUMAH


SEKOLAH RENDAH
Peringkat Zon A1 : SK 1 Jalan Meru
Peringkat Zon A2 : SK Bukit Ceraka
Peringkat Zon B1 : SK Pelabuhan Utara
Peringkat Zon B2 : SK Bukit Kemuning 2
Peringkat Daerah : SK Kg. Idaman


SEKOLAH MENENGAH
Peringkat Zon A : SAM Nurul Iman
Peringkat Zon B : SMK (P) Raja Zarina
Peringkat Daerah : SMK Bandar Baru Sultan Suleiman


ACARA MTQ YANG DIPERTANDINGKAN

SEKOLAH RENDAH
1. Tilawah (L&P)
2. Hafazan (L&P)
3. Bercerita (L&P)
4. Nasyid (L atau P)

ACARA MTQ SEKOLAH MENENGAH
1. Tilawah (L&P)
2. Hafazan (L&P)
3. Syarahan (L&P)
4. Nasyid (L atau P)





TEMA NASYID MTQ 2011
"Aqidah Kukuh Sahsiah Terpuji"




Maklumat lain akan disiarkan dari masa ke semasa...

Terima Kasih.

MARKAH PKSR PENDIDIKAN ISLAM

Perhatian kepada semua KP Pend. Islam.

Sila hantar markah PKSR Pendidikan Islam tahun enam dengan segera ke Unit Pendidikan Islam PPD Klang pada atau sebelum 19 November 2010 (Isnin).

Hantar data tersebut dalam soft copy sahaja.

Sekian, terima kasih.

PERMOHONAN KEMASUKAN SMKA / KAA NEGERI SELANGOR

Perhatian kepada semua KP P.Islam supaya segera menguruskan permohonan di peringkat sekolah.

Key in data pemohon dalam software yang dibekalkan dan sila hantar ke UPI PPD Klang tepat pada atau sebelum 22 November 2010 (Isnin).

Hantar borang permohonan (warna pink) berserta dokumen yang lengkap.

Sebarang kelewatan akan menjejaskan pemohon dari sekolah anda.

Hubungi UPI PPD Klang untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

BENGKEL FASILITATOR KEM BINA JUARA 2010

Tarikh : 8 November 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari.
Tempat : PKG Jalan Meru

* Semua fasilitator dijemput hadir..

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Kursus KSSR Bahasa Arab
Tarikh : 9 November 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : SK Taman Klang Utama

Kursus KSSR Pendidikan Islam
Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Syarahan Masjid As Syariff Pekan Meru

* Semua KP dijemput hadir..

PERMOHONAN SMKA/KAA NEGERI SELANGOR 2011

Taklimat untuk Ketua Panitia akan diadakan seperti berikut,

Tarikh : 19 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Tengku Idris Shah, Kapar

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.moe.gov.my/jpns

KATA-KATA SAIDINA UMAR AL KHATTAB

TIDAK BAIK 10 PERKARA MELAINKAN DENGAN 10 PERKARA

Tidak baik AKAL melainkan dengan WARA'

Tidak baik BERLEBIHAN melainkan dengan ILMU

Tidak baik KEMENANGAN melainkan dengan rasa TAKUT kepada Allah.

Tidak baik PEMERINTAHAN melainkan dengan KEADILAN

Tidak baik KEMULIAAN melainkan dengan PERADABAN

Tidak baik KEGEMBIRAAN melainkan dengan AMAN

Tidak baik KEKAYAAN melainkan dengan MENDERMA

Tidak baik FAKIR melainkan dengan QANAAH

Tidak baik KETINGGIAN melainkan dengan TAWADUK

Tidak baik JIHAD melainkan dengan PETUNJUK


Sekian.

BUKU PENGURUSAN DAN TEKNIK DAKWAH


Assalamualaikum wrh. wbr.

Dapatkan Buku Panduan Pengurusan dan Teknik Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Rendah di Unit Pendidikan Islam, PPD Klang.

Sebuah buku yang amat bermanfaat kerana mengandungi contoh kertas kerja program dakwah, contoh-contoh nasyid, contoh cerita mtq, hafazan dan doa harian serta banyak lagi.

Buku ini diedarkan percuma oleh BPI KPM. Sila dapatkan segera di PPD.

Sekian, harap maklum.

MESYUARAT BENGKEL BINA MODUL CERAMAH

Mesyuarat dan bengkel di atas akan diadakan seperti maklumat berikut,

Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Telok Gadong
Penceramah : Ust. Norhisham Hj. Ahmad dan Ust. Shahrul Azmi Sidek

Semua Jurulatih Utama Dakwah PPD Klang diminta hadir.

Sekian, harap maklum.



KURSUS TAHSIN AL QURAN PPD KLANG




Kursus Tahsin Al Quran untuk ketua-ketua panitia Pendidikan Islam, PPD Klang telah diadakan di Dewan Kuliah, Masjid As Saadah, Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara, Klang.


Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Jaafar bin Rajuli (Ketua Penolong Pengarah, SPI JPS).

Dalam kursus ini para peserta didedahkan dengan slot-slot ceramah yang sungguh menarik dan penuh maklumat yang amat penting berkaitan ilmu-ilmu al Quran.

Slot 1 disampaikan oleh Ust.Khairi bin Ramli yang bertajuk "Makhraj Huruf dan Sifat Huruf"

Slot 2 pula disampaikan oleh Ust. Khairul Hisyam bin Adam dengan tajuk "Gharib Hafs 'An 'Asim)

Slot 3 disampaikan pula oleh Ust. Muhd. Azizi bin Ya'akub dengan tajuk "Taranum Dalam P&P)

Tahniah kepada semua penceramah yang menyampaikan ceramah dengan penuh interaktif dan menarik. Tahniah juga kepada semua peserta yang memberi komitmen dan respon yang sungguh baik.

Terima kasih kepada SK Taman Sri Andalas dan semua krew termasuk Guru Besarnya yang begitu hebat sebagai pengelola kursus... terima kasih.

Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi pada hari ini dapat diaplikasikan dalam p&p Pendidikan Islam.

Terima Kasih.


JUARA TAHFIZ MTQ 2010

Peserta Hafazan SM Daerah Klang
Muhammad Syazwan Mohd Basil (KISAS)
(video ihsan dari waris)

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..!!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dikalungkan kepada seluruh kontigen Daerah Klang yang berjaya menjadi Johan Keseluruhan MTQ Peringkat Negeri Selangor 2010 yang telah diadakan pada 8 Mei 2010 (Sabtu) bertempat di SAM Bestari Subang Jaya.

Tiada kata seindah bicara yang mampu diungkapkan... hanya ucapan tahniah dan terima kasih kepada wakil-wakil Peserta Daerah Klang, Jurulatih, Guru Pengiring, dan Ibu Bapa yang memberi komitmen yang hebat sepanjang latihan pusat diadakan.

Mudah-mudahan kejayaan hebat ini diteruskan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 30 Mei 2010 di negeri penyu Terengganu Darul Iman.

Sekali lagi... TAHNIAH!!!