MARKAH PKSR PENDIDIKAN ISLAM
Sila hantar markah PKSR Pendidikan Islam tahun enam dengan segera ke Unit Pendidikan Islam PPD Klang pada atau sebelum 19 November 2010 (Isnin).
Hantar data tersebut dalam soft copy sahaja.
Sekian, terima kasih.
PERMOHONAN KEMASUKAN SMKA / KAA NEGERI SELANGOR
Key in data pemohon dalam software yang dibekalkan dan sila hantar ke UPI PPD Klang tepat pada atau sebelum 22 November 2010 (Isnin).
Hantar borang permohonan (warna pink) berserta dokumen yang lengkap.
Sebarang kelewatan akan menjejaskan pemohon dari sekolah anda.
Hubungi UPI PPD Klang untuk sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.
BENGKEL FASILITATOR KEM BINA JUARA 2010
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari.
Tempat : PKG Jalan Meru
* Semua fasilitator dijemput hadir..
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Tarikh : 9 November 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : SK Taman Klang Utama
Kursus KSSR Pendidikan Islam
Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Syarahan Masjid As Syariff Pekan Meru
* Semua KP dijemput hadir..
PERMOHONAN SMKA/KAA NEGERI SELANGOR 2011
Tarikh : 19 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Tengku Idris Shah, Kapar
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.moe.gov.my/jpns
KATA-KATA SAIDINA UMAR AL KHATTAB
Tidak baik AKAL melainkan dengan WARA'
Tidak baik BERLEBIHAN melainkan dengan ILMU
Tidak baik KEMENANGAN melainkan dengan rasa TAKUT kepada Allah.
Tidak baik PEMERINTAHAN melainkan dengan KEADILAN
Tidak baik KEMULIAAN melainkan dengan PERADABAN
Tidak baik KEGEMBIRAAN melainkan dengan AMAN
Tidak baik KEKAYAAN melainkan dengan MENDERMA
Tidak baik FAKIR melainkan dengan QANAAH
Tidak baik KETINGGIAN melainkan dengan TAWADUK
Tidak baik JIHAD melainkan dengan PETUNJUK
Sekian.
BUKU PENGURUSAN DAN TEKNIK DAKWAH
Assalamualaikum wrh. wbr.
Dapatkan Buku Panduan Pengurusan dan Teknik Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Rendah di Unit Pendidikan Islam, PPD Klang.
Sebuah buku yang amat bermanfaat kerana mengandungi contoh kertas kerja program dakwah, contoh-contoh nasyid, contoh cerita mtq, hafazan dan doa harian serta banyak lagi.
Buku ini diedarkan percuma oleh BPI KPM. Sila dapatkan segera di PPD.
Sekian, harap maklum.
MESYUARAT BENGKEL BINA MODUL CERAMAH
Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Telok Gadong
Penceramah : Ust. Norhisham Hj. Ahmad dan Ust. Shahrul Azmi Sidek
Semua Jurulatih Utama Dakwah PPD Klang diminta hadir.
Sekian, harap maklum.
KURSUS TAHSIN AL QURAN PPD KLANG
Kursus Tahsin Al Quran untuk ketua-ketua panitia Pendidikan Islam, PPD Klang telah diadakan di Dewan Kuliah, Masjid As Saadah, Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara, Klang.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Jaafar bin Rajuli (Ketua Penolong Pengarah, SPI JPS).
Dalam kursus ini para peserta didedahkan dengan slot-slot ceramah yang sungguh menarik dan penuh maklumat yang amat penting berkaitan ilmu-ilmu al Quran.
Slot 1 disampaikan oleh Ust.Khairi bin Ramli yang bertajuk "Makhraj Huruf dan Sifat Huruf"
Slot 2 pula disampaikan oleh Ust. Khairul Hisyam bin Adam dengan tajuk "Gharib Hafs 'An 'Asim)
Slot 3 disampaikan pula oleh Ust. Muhd. Azizi bin Ya'akub dengan tajuk "Taranum Dalam P&P)
Tahniah kepada semua penceramah yang menyampaikan ceramah dengan penuh interaktif dan menarik. Tahniah juga kepada semua peserta yang memberi komitmen dan respon yang sungguh baik.
Terima kasih kepada SK Taman Sri Andalas dan semua krew termasuk Guru Besarnya yang begitu hebat sebagai pengelola kursus... terima kasih.
Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi pada hari ini dapat diaplikasikan dalam p&p Pendidikan Islam.
Terima Kasih.
JUARA TAHFIZ MTQ 2010
Muhammad Syazwan Mohd Basil (KISAS)
(video ihsan dari waris)
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..!!
Tiada kata seindah bicara yang mampu diungkapkan... hanya ucapan tahniah dan terima kasih kepada wakil-wakil Peserta Daerah Klang, Jurulatih, Guru Pengiring, dan Ibu Bapa yang memberi komitmen yang hebat sepanjang latihan pusat diadakan.
Mudah-mudahan kejayaan hebat ini diteruskan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 30 Mei 2010 di negeri penyu Terengganu Darul Iman.
Sekali lagi... TAHNIAH!!!
SOALAN BAHASA ARAB (SR) TAHUN 1 - 6
Sukacita dimaklumkan soalan Bahasa Arab untuk peperiksaan pertengahan tahun sudah diterima di Unit Pendidikan Islam, PPD Klang. Salinan soalan tersebut tidak boleh disampaikan melalui medium internet untuk menjaga kerahsiaan dan kesahan soalan.
Sila hubungi Ust. Mohd Ghazali Tohir untuk mendapatkan salinan soalan tersebut dengan membawa thumbdrive/pendrive atau CD kosong untuk tujuan penyalinan.
Sekian, harap maklum.
Terima Kasih.
KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010
Untuk makluman semua Guru Pendidikan Islam Daerah Klang, penyediaan kertas soalan Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Rendah akan dibuat oleh Sektor Pendidikan Islam, JPS.
Walaubagaimanapun soalan tersebut hanya akan diedarkan ke PPD pada bulan Mei. PPD akan memaklumkan kepada semua sekolah sebaik sahaja mendapat salinan soalan tersebut.
Berikut adalah Jadual Peperiksaan bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Rendah.
Pendidikan Islam - 4 Jun 2010 (Jumaat) 8.15 pagi - 9.15 pagi.
Bahasa Arab (Bertulis) - 4 Jun 2010 (Jumaat) 10.15 pagi - 11.15 pagi.
Sila kunjungi blog ini dari masa kesemasa untuk mendapat info terkini.
Sekian, harap maklum.
Terima Kasih.
LATIHAN KONTIJEN MTQ DAERAH KLANG 2010
Tarikh : 4 - 6 Mei 2010
Masa : Sepenuh masa
Tempat : Kompleks Rakan Muda Daerah Klang, Sementa.
Semua peserta diwajibkan mengikuti latihan tersebut yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jurulatih Utama Daerah Klang.
Kita berdoa supaya peserta Daerah Klang dapat mencatatkan keputusan yang terbaik dalam MTQ Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 8 Mei 2010.
Insya Allah...
NAMA PEMENANG MTQ KLANG 2010 (SM)
Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan tahniah kepada semua pemenang.
Tilawah (L)
1. Khairi Azmuddin Azmi (SMK Tinggi)
2. Nazrin Azrin Ismam (SAMT Hisamuddin)
3. Mohd Nazrin Jumali (SMK Meru)
Tilawah (P)
1. Siti Nasuha Ali (KISAS)
2. Siti Maryam Shafie (SAMT Hisamuddin)
3. Nurul Atila Azman (SMK Pendamaran Jaya)
Hafazan (L)
1. Muhammad Syazwan Mohd Basil (KISAS)
2. Mohd Farouq Sutaji (SAMT Hisamuddin)
3. Abdullah Muslim Abd. Rashid (SMK Batu Unjur)
Hafazan (P)
1. Nadhirah Zulfa Abdul Aziz (KISAS)
2. Ilham Shahinaz Saari (SAMT Hisamuddin)
3. Nuratiqah Zainudin (SAM Hisamuddin)
Syarahan (L)
1. Amir Syazwan Nazri (KISAS)
2. Mohd Nor Amirul Norkhaidi (SMK Sg. Kapar Indah)
3. Mohd Fariz Jusman (SMK Telok Gadong)
Syarahan (P)
1. Noor Aqeela Othman Talib (KISAS)
2. Nuraiqah Abd. Salam (SAMT Hisamuddin)
3. Nurul Shahirah Dziyaul Arzak
TAHNIAH kepada semua pemenang.
Johan bagi setiap kategori akan mewakili Daerah Klang ke Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 8 Mei 2010 di SAM Bestari, USJ.
NAMA PEMENANG MTQ KLANG 2010 (SR)
Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan tahniah kepada semua pemenang.
Tilawah (L)
1. Adnan Syakirin Mat Zuki (SK Sg. Binjai)
2. Mohamad Syirasi Sahabudin (SK Klang)
3. Mohd Fadhil Yusof (SK Pulau Indah)
Tilawah (P)
1. Nurul Marlina Badli Shah Mahad (SK Telok Gadong)
2. Nurul Shahira Majid (SK Pulau Indah)
3. Siti Maisarah Mohd Nasir (SK Taman Sri Andalas)
Hafazan (L)
1. Mohamed Muaz Mohd Akdi (SK Bukit Kapar)
2. Muhd Danish Salman Dahim (SK Meru 2)
3. Muhd Imran Zulzamrin (SK Bukit Kemuning 2)
Hafazan (P)
1. Nafilah Umairah Muhammad Kamal (SK P Methodist)
2. Nur Khaleeda Haqim Ahmad Salehan (SK Sg. Binjai)
3. Sayidah Hasanah Sultan Hamid (SJKC Chuen Min)
Bercerita (L)
1. Muhammad Hakimi Azhar (SK Bukit Kapar)
2. Mohd Fauzi Abd. Wasir (SK Jalan Kebun)
3. Wan Mohd Haiqal Shah Mohd Shariff (SK Sg. Binjai)
Bercerita (P)
1. Auni Najihah Ahmad Mohid (SK Jalan Kebun)
2. Nur Imani Mohd Muzakir (SK Sg. Serdang)
3. Dayana Jalaluddin (SK Bukit Kapar)
TAHNIAH kepada semua pemenang.
Johan setiap kategori akan mewakili Daerah Klang ke Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 8 Mei 2010 di SAM Bestari, USJ.
MULTAQA' TAJDID PEMIKIRAN ISLAM
Maklumat majlis tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 20 April 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.
Senarai nama peserta Daerah Klang telah dihantar ke sekolah-sekolah.
Harap maklum, terima kasih.
UMRAH MUSIM CUTI SEKOLAH
Tarikh : 7 Jun – 20 Jun 2010 (15H/13M)
Penerbangan : Saudi Airline (terus ke Madinah)
Agen : Muslimin Travel & Tours (M) Sdn. Bhd.
Harga : RM 6,850.00 (4 orang sebilik)
Berminat, sila hubungi,
Ust. Zahrulail
Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pelajaran Selangor.
(019 2248 720)
MESYUARAT & BENGKEL HAKIM MTQ 2010
Tarikh : 3 Mac 2010 (Rabu)
Tempat : PKG Kapar.
Semua hakim yang telah dilantik dijemput menghadiri mesyuarat di atas.
Terima kasih
CD PANDUAN TARANUM MTQ
Sila dapatkan CD Panduan Taranum MTQ Sekolah-sekolah KPM melalui borang tempahan yang telah diedarkan. Sila lihat laman web ini untuk preview bahan tersebut : www.zainul.com/mtq2010/
Sekian, harap maklum.
TARIKH PENTING MTQ 2010
1. Mesyuarat Persediaan MTQ 2010 : 24 Feb (PPD Klang)
2. Mesyuarat JK Induk MTQ 2010 : 25 Feb (SMK Tg. Idris Shah)
3. Mesyuarat Ketua-ketua Hakim : 2 Mac (PPD Klang)
4. Mesyuarat & Bengkel Hakim : 3 Mac (PKG Kapar)
5. Mesyuarat JK Pengola Zon (SR & SM) : 10 Mac 2010
6. MTQ (SR) Peringkat Zon A1 : 23 Mac (SK Klang)
7. MTQ (SR) Peringkat Zon A2 : 23 Mac (SK Abd Samat)
8. MTQ (SR) Peringkat Zon B1 : 24 Mac (SK Pulau Indah)
9. MTQ (SR) Peringkat Zon B1 : 24 Mac (SK Teluk Menegon)
10. MTQ (SM) Peringkat Zon A : 25 Mac (SMK (P) Kapar)
11. MTQ (SM) Peringkat Zon B : 25 Mac (SMK Pulau Indah)
12. MTQ (SR) Peringkat Daerah : 7 April (SK Sementa)
13. MTQ (SM) Peringkat Daerah : 7 April (SMK Tg. Idris Shah)
Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Klang.
Sekian, harap maklum.
MESYUARAT JPD PENDIDIKAN ISLAM BIL.1/2010
Tarikh : 22 Februari 2010 (ISNIN)
Tempat : SK Bukit Kapar
Masa : 2.00 petang
Semua Ketua Panitia P.Islam Sekolah Rendah dijemput hadir.
Harap maklum, terima kasih.
ISI-ISI PENTING TAJUK BERCERITA MTQ
Walaubagaimanapun pengedaran kertas tersebut ditangguhkan sementara kerana berlaku kesilapan isi cerita tersebut.
Harap bersabar, terima kasih.
SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3 DAN TAHUN 6
1. Soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 3 dan Tahun 6 Semester 1
2. Huraian Sukatan Bahasa Arab Tahun 4
Sila muat turun di laman web berikut http://www.moe.gov.my/bpk/
(pilih menu download SP dan HSP)
Kata laluan untuk membuka fail PKSR : BPK2388
Untuk tujuan penyelarasan, maka dicadangkan tarikh pelaksanaan PKSR bahasa Arab Tahun 3 dan Tahun 6 seperti berikut :
1. PKSR 1 Bahasa Arab Kertas 2 Tahun 3 : 08 - 11 Mac 2010
2. PKSR 2 Bahasa Arab Kertas 2 Tahun 3 : 25 - 27 Mei 2010
3. PKSR Bahasa Arab Kertas 1 dan 2 Tahun 6 : 25 - 27 Mei 2010
Sekian, harap maklum.
KETUA UNIT PENDIDIKAN ISLAM
MAJLIS TADARUS AL QURAN 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2010/1413
1. PERINGKAT SEKOLAH (FEBRUARI-MAC)
2. PERINGKAT ZON DAN DAERAH (MAC-APRIL)
3. PERINGKAT NEGERI (APRIL)
4. PERINGKAT KEBANGSAAN (MEI-JUN)
Diminta semua sekolah dapat menganjurkan MTQ Peringkat Sekolah lebih awal.
Sekian, terima kasih.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 1, 2 DAN 3
Download SP & HSP Bahasa Arab
Sekian, terima kasih.
PERMOHONAN TINGKATAN 4 SMKA
Kepada pelajar lepasan PMR yang ingin memohon ke SMKA sila dapatkan borang permohonan di Unit Pendidikan Islam, PPD Klang atau Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.
Sila isi borang tersebut dan hantarkan terus ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor sebelum 6 Januari 2009.
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan.
Syarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di SMKA :
Syarat Kemasukan Ke Aliran Sastera
1. Calon daripada Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Swasta (SMAS) dan Kelas Aliran Agama (KAA).
2. Lulus Peperiksaan PMR dengan mendapat sekurang-kurangnya:
a) Pangkat A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
b) Pangkat B dalam semua mata pelajaran lain.
c) Lulus Ujian PAFA dalam PMR
Syarat Kemasukan Ke Aliran Sains
1. Calon dari SMKA, KAA, SMAN, SMAR dan SMAS.
2. Mendapat sekurang-kurangnya
a) 4A termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik
b) 4B dalam mata pelajaran lain dan sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Arab
c) Lulus Ujian PAFA dalam PMR
Syarat Kemasukan Ke Aliran Teknikal (SMKA Kuala Selangor sahaja)
1. Calon dari SMKA, KAA, SMAN, SMAR dan SMAS.
2. Mendapat sekurang-kurangnya
a) 4A termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik
b) 4B dalam mata pelajaran lain dan sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Arab
c) Lulus Ujian PAFA dalam PMR